HOME

Tidak banyak yang tahu bagaimana caranya telaga air zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun.

Seorang pengkaji pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki telaga air zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter air zamzam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap musim haji? Mari kita kira secara sederhana. Jamaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah kira-kira dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu sahaja sudah 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang di Mekah, jika kebanyakan jamaah  tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.
Keanehan air Zamzam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum.
Perkiraannya didasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air Zamzam. Masya Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulai tugasnya, Tariq belum ada gambaran, bagaimana telaga air Zam Zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut ketika menyaksikan bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang, bagaimana caranya telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap musim hajinya. Dan itu berlaku sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.